Program Terkini


Menu Utama

Depan Prebiu Bisnes
Senarai E-TRADER
Artikel
Hubungi Kami
[ Admin E-mel ]


Berita Terkini

Aktifkan Akaun VIP melalui eWallet telah berfungsi
Nota Tambahan
Isu Halal
Perkhidmatan dan Produk Snipernetworker.com
Cara pantas mengaktifkan USER ID Anda
INFO SNIPER NETWORKER UNTUK AHLI BARU
Cara Daftar Keahlian SNIPER NETWORKER
Nombor Akaun Bank untuk Pengaktifan Pendaftaran.
Kaedah Pengeluaran Komisen
Jika User Id Anda masih belum diaktifkan...
SENARAI E-TRADER SNIPER NETWORKER
Sniper Networker Telah Bermula Secara Rasmi April 2011...
NOTA PENTING UNTUK E-TRADER SNIPER NETWORKER
KEMASKINI PROFIL ANDA
Peluang Menjadi E-TRADER SNIPER NETWORKER. (kini dibuka)
MAKLUMAN PENTING BERKAITAN WEB PROMOSI
Tips Berkongsi Info SNIPER NETWORKER
Bagaimana Komisen Anda dikira?
Website promosi telah berfungsi
Program Terkini yang Mengkagumkan


Blog

Cerita dan cerita
Atasi 5 masalah KULIT
Apa nak ditakutkan dengan perkataan CARI ORANG?...
Kerja secara bijak
Kejayaan...
Mengisi Minda...
Melencong seinci, rugi seribu batu...
Mendaftarkan Username yang tidak beretika adalah dilarang.
Cuba renung-renungkan.....(18 & above only)
Ada 1 pilihan sahaja pada zaman Yap Ah Loy
Bagaimana dengan Kemahuan?
Menongkah Arus



Sesalan Jikalau Tidak Berpijak Di Bumi Nyata
Tarikh artikel dimasukkan: 10/29/2010

Pengetahuan dan pengalaman membolehkan kita semua berpijak di bumi nyata. Hanya jikalau kita berpijak di bumi nyata berasaskan fakta dan realiti barulah kita tidak akan terpedaya.

Terpedaya pula melibatkan kos dan maruah. Selain kehilangan wang kerana terpedaya, kita berasa amat malu dan selalunya mengeluarkan keluhan, "Aku kena tipu lagi..." Malu itu melibatkan maruah.

Jikalau 'pelabur' terus pApa yang lebih pelik, ramai di kalangan kita yang telah terkena tetapi boleh terkena lagi. Pesan Saidina Abu Bakar tidak diikuti, "Orang Islam tidak boleh sampai 2 kali masuk ke dalam lubang ular." Maksudnya -- sesudah terkena sekali, mesti mengambil iktibar. Rata-rata enggan mengambil iktibar.

Contohnya ialah Skim Cepat Kaya yang dirasakan tidak pernah berhenti sejak dari tahun 70-an sehingga kini. Orang yang terkena perdaya hampir orang yang sama. Orang yang pernah terkena bahana Skim Cepat Kaya sekali tidak pernah mengambil iktibar sebaliknya terus mengulangi kesilapan, terus percaya dan terus berpegang dengan kata-kata, "Ini lain.." dan "Dah banyak kali berusaha, sekali mesti sangkut... Mesti dapat jadi kaya serta-merta."

Kerana percaya, bayangkanlah kegembiraan penganjur Skim Cepat Kaya. Selagi ada yang merelakan diri diperdaya, selagi itulah akan sentiasa ada yang memperdaya.

Jikalau berpijak di bumi nyata dan mengikuti kata berharga dari Saidina Abu Bakar tentu tidak akan terkena lagi. Kalau menggunakan hukum akal sedikit sahaja pun sudah boleh mengagak bagaimana akhirnya Skim Cepat Kaya. Tapi kebanyakan manusia enggan percaya dengan kata-kata lama yang amat berharga, "Kalau semua yang berjudi di kasino itu menang, sudah lama kasino tutup. Kalau yang menang lebih ramai dari yang kalah, sudah lama syarikat nombor ekor tutup."

Itulah pentingnya pengetahuan. Ke mana wang kutipan pelaburan dilabur? Apa portfolio pelaburannya sehingga boleh memberikan pulangan 10% sehingga 15% SEBULAN atau 120% sehingga 200% SETAHUN? Logikkah sampai begitu besar sekali keuntungan atau dividen yang diperoleh sedangkan Skim Pelaburan ASB yang diurus oleh pakar dan profesional hanya menghasilkan lebih kurang 8% setahun. Bisnes apa yang begitu ajaib boleh menghasilkan keuntungan 50% (20% diberikan kepada pelabur dan 30% diambil oleh syarikat untuk belanja pengurusan). Di mana di muka bumi ini adanya bisnes yang begitu ajaib sehingga menghasilkan keuntungan begitu dahsyat? Sedangkan, jikalau kita mempelajari pengurusan bisnes dan perakaunan, biasanya margin keuntungan bisnes adalah antara 10% hingga 20% sahaja SETAHUN.

Itulah sebahagian maksud berpijak di bumi nyata. Sangat mudah tetapi ramai yang enggan percaya kerana berpegang kepada, "Itu lain... Yang ini lain." Ramai sekali yang mempertahankan kebodohan, membiarkan diri diperbodohkan dan ditipu berterusan, hanya kerana enggan berpijak di bumi nyata sebaliknya lebih rela membina istana di langit.

Belajar dari sejarah adalah salah satu cara untuk mengelak dari berterusan diperbodohkan dan diperdaya oleh mereka-mereka yang kesukaan, gembira kerana semakin ramai yang berpegang teguh dengan, "Eh, yang ini lain..." dan "Dah lama berusaha takkan satu pun tak boleh sangkut."


 

 

          Login Ahli

  login: 
  Katalaluan
 

          Hubungi Atau SMS

   

   


                    Like


                      Hits

          

   

 

Copyright 2018 snipernetworker.com All rights reserved.